Archive: Duniaku

Tidur

Hari ni Aesha tidur lena setelah hampir seminggu mengasah suara, tidur kejap-kejap then sengih ajak sembang bila letih dan mengantuk dia menangis. Biasanya bayi akan tidur nyenyak bila dia selesa, kenyang dan sihat.

Info Tidur Bayi

  1. Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
  2. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
  3. Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
  4. Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
  5. Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
  6. Posisi terbaik bagi bayi baru lahir ialah terlentang, bayi mula memilih posisi tidur mengikut keselesaannya ketika berumur 3 bulan dan ke atas.
Tertidur

Tertidur

Posted in Bayi, Duniaku | Leave a comment

Nura Aesha Safia

Aesha 11 hari

Nura Aesha Safia satu-satunya permata hati kami suami isteri (for the time being), hampir dua tahun menunggu akhirnya penantian kami sangat berbaloi-baloi. Hari ni Aesha sudah berumur 43 hari dan bermakna esok last day pantang… Hureyy. Setelah bergelar mama ni, saya berazam nak jadi the best mama dan wife utk Aesha dan juga suami. Segala ilmu kemamaan akan dikongsikan dengan anda semua disini. Go! go! blogging.

Posted in Duniaku | 1 Comment